Wednesday, September 16, 2015

Jerebu: Semua sekolah buka semula esok - KPM


KUALA LUMPUR: Semua sekolah di lima negeri yang ditutup kelmarin akibat jerebu akan dibuka semula esok (Khamis). Perkara itu diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini. "Selepas meneliti bacaan IPU di seluruh negara hingga jam 4 petang pada 16 September, KPM ingin memaklumkan bahawa semua sekolah di seluruh negara termasuk lima negeri berkenaan hendaklah dibuka semula bermula esok, 17 September 2015. "Bagaimanapun, semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah hendaklah terus memantau maklumat bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib dan boleh mengambil tindakan sewajarnya di peringkat masing-masing berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan," kata KPM

Pada Selasa lalu, sekolah di lima negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka diminta tutup kerana IPU di negeri berkenaan menunjukkan bacaan menghampiri 200 iaitu tidak sihat. Sementara itu, KPM juga mengingatkan ibu bapa jika mendapati kesihatan anak mereka terjejas akibat jerebu khususnya bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pernafasan tidak perlu menghantar anak mereka ke sekolah dan memaklumkannya kepada pihak sekolah. Berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, pihak sekolah perlu memberhentikan aktiviti luar bilik darjah bila bacaan IPU melebihi 150 manakala sekolah di kawasan bacaan IPU melebihi 200 pula perlu ditutup.


Sumber: Berita Harian
KUALA LUMPUR: Semua sekolah di lima negeri yang ditutup kelmarin akibat jerebu akan dibuka semula esok (Khamis). Perkara itu diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini. "Selepas meneliti bacaan IPU di seluruh negara hingga jam 4 petang pada 16 September, KPM ingin memaklumkan bahawa semua sekolah di seluruh negara termasuk lima negeri berkenaan hendaklah dibuka semula bermula esok, 17 September 2015. "Bagaimanapun, semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah hendaklah terus memantau maklumat bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib dan boleh mengambil tindakan sewajarnya di peringkat masing-masing berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan," kata KPM.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/82383