Perjalanan Beribu Batu Bermula dengan langkah pertama

Friday, October 24, 2014

Bayar RON95 ikut harga pasaran

BANGI – Golongan berpendapatan tinggi terpaksa membayar harga petrol RON95 mengikut harga pasaran minyak dunia mulai Jun tahun depan.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, golongan berpendapatan tinggi tidak akan lagi menikmati subsidi petrol RON95 kerana ia hanya akan diberikan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana sahaja.

“Mereka (golongan berpendapatan tinggi) akan membayar harga RON95 mengikut harga pasaran. Misalnya kalau harganya RM2.58 seperti sekarang, maka RM2.58 yang perlu mereka bayar ketika mengisi minyak. Mungkin bila harga minyak dunia turun, maka turunlah. Kalau naik terpaksalah membayar lebih tinggi.

“Sistem ini lebih adil kerana hanya golongan yang layak sahaja akan menerima subsidi,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan taklimat berkenaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk pegawai kanan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah di sini semalam.


Sumber: Kosmo
Share:

Copyright © Catatan Chegukapon | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Blogger Templates20