Tuesday, February 11, 2014

Pentaksiran Berasaskan Sekolah dikaji semula

11/2/2014

PUTRAJAYA 11 Feb. - Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kajian tersebut perlu dilakukan ekoran terdapat pelbagai masalah dihadapi dalam melaksanakan PBS.

"Bagaimanapun semua guru masih perlu menjalankan sistem penilaian tersebut namun di pihak kementerian kita akan mengkaji berikutan aduan yang diterima.
"Sama ada PBS ini akan ditangguh atau diteruskan akan diputuskan dalam satu mesyuarat yang akan diadakan dalam masa terdekat," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini. -

Sumber:  UTUSAN ONLINE