Perjalanan Beribu Batu Bermula dengan langkah pertama

Sunday, February 02, 2014

Pelajar Malaysia di Mesir selamat

 2/02/2014

Kuala Lumpur: Pelajar Malaysia di Mesir dilaporkan selamat walaupun negara itu digegarkan beberapa kejadian pengeboman dan tembakan mensasarkan polis oleh penyokong bekas presiden, Mohamed Morsi.

Perkembangan melegakan itu disahkan Unit Pendidikan, Kementerian Pendidikan, malah Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah juga sentiasa memantau keadaan keselamatan pelajar kita di sana. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam Facebooknya kelmarin, melahirkan rasa syukur kerana kira-kira 1,300 pelajar Malaysia yang ditaja MARA di Mesir, dalam keadaan selamat serta tiada masalah meneruskan pengajian dan beliau sentiasa mendoakan keselamatan semua pelajar kita walau di mana mereka berada.


“Utamakan keselamatan diri serta jauhi sebarang konflik,” katanya.
Sementara itu, Ketua Unit Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Datin Rohani Mustafa, berkata pelajar Malaysia di Mesir yang dianggarkan antara 10,000 hingga 11,000 sentiasa dinasihatkan agar berjaga-jaga dengan keselamatan mereka.

“Kedutaan Malaysia di Mesir juga sentiasa memantau keadaan pelajar kita di sana. Kita ada prosedur operasi standard (SOP) dan sentiasa nasihatkan pelajar terutama di Universiti Al-Azhar atau Universiti Kaherah, iaitu lokasi paling hampir dengan ibu negara Mesir, supaya mengelak menghampiri kawasan demonstrasi atau pergolakan,” katanya. 
 
Sumber: Berita Harian

Share:

Copyright © Catatan Chegukapon | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Blogger Templates20