Perjalanan Beribu Batu Bermula dengan langkah pertama

Saturday, February 08, 2014

BISP akan ditentukan Mac ini


PAGOH: Keputusan sama ada kerajaan akan memberikan insentif baru bagi menggantikan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) yang dimansuhkan awal Januari lalu bakal diketahui selepas dibentangkan kepada Perdana Menteri, Mac ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan berkata, cadangan itu sekarang di peringkat kajian dan sedang diteliti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Beliau berkata, pihaknya menerima pelbagai maklum balas mengenai pemberhentian bayaran BISP yang dilakukan sejak Disember lalu.

Namun, katanya, semua perincian termasuk nilai serta cara pembayaran akan ditentukan kemudian oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau ditemui pada sesi dialog Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Pendidik Parlimen Pagoh, di sini, hari ini.

Hadir sama isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abd Rahman serta Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Madinah Mohamad.

Sumber: Harian Metro
 
Share:

Copyright © Catatan Chegukapon | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Blogger Templates20