Monday, January 27, 2014

Maksud Cuti Peristiwa (27 JAN 2014)

Merujuk peraturan-peraturan pendidikan (Penggal,Hari dan Cuti Sekolah) 1998, telah dinyatakan berhubung hari persekolahan dan cuti peristiwa.

Merujuk Peraturan 3 dinyatakan bahawa cuti peristiwa ialah hari yang tiada pendidikan dijalankan disebabkan oleh apa-apa perayaan atau majlis rasmi sekolah.

Peraturan 6 menyatakan bahawa hari sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah tidak kurang daripada 190 hari.

Berkaitan cuti peristiwa,Peraturan 7 menyatakan seperti berikut:

  • Guru Besar atau Pengetua dengan kelulusan pendaftar,boleh memilih hari tertentu sebagai cuti peristiwa yang hendaklah tidak melebihi 4 hari bagi mana-mana satu tahun.
  • Cuti Peristiwa ini tidak boleh diambil bagi maksud melanjutkan cuti penggal sekolah.
 Hari sukan,hari penyampaian hadiah,hari perayaan( Aidil Adha dan lain-lain) dan kegiatan gotong-royong yang melibatkan satu hari persekolahan boleh dikelaskan sebagai cuti peristiwa.