Perjalanan Beribu Batu Bermula dengan langkah pertama

Sunday, January 19, 2014

KPM puas hati harga makanan di kantin sekolah

BESUT - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berpuas hati dengan harga makanan dan minuman ditetapkan oleh pengusaha kantin sekolah di seluruh negara setakat ini.
Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, daripada pemantauan dan laporan yang diterima, pihaknya berpuas hati harga tersebut tidak membebankan para pelajar. 

Katanya, pemantauan telah dilakukan oleh pegawai KPM dan dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sejak dua minggu lalu didapati semua penguasaha kantin telah mematuhi arahan dengan tidak menaikkan harga makanan dan minuman sesuka hati.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan mengejut ke kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud di sini hari ini.
Idris berharap pengusaha kantin dapat terus mengekalkan harga seperti sekarang dan mengelakkan dari mengeksploitasi harga yang boleh membebankan banyak pihak. - Bernama

Share:

Copyright © Catatan Chegukapon | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Blogger Templates20