Perjalanan Beribu Batu Bermula dengan langkah pertama

Thursday, February 07, 2013

Tabung Haji umum bonus lapan peratus

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji hari ini mengumumkan bonus tahunan Jubli Emas 2012 sebanyak 6.5 peratus dan tambahan bonus khas sebanyak 1.5 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak lapan peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika mengumumkan bonus itu berkata, kadar bonus tahunan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 27 peratus kepada RM2.13 bilion berbanding RM1.68 bilion pada 2011.
"Jumlah pembayaran keseluruhan Bonus Jubli Emas 2012 sebanyak RM2.46 bilion yang merangkumi pembayaran Bonus Tahunan sebanyak RM2.13 bilion dan Bonus Khas sebanyak RM325 juta adalah yang tertinggi sejak 50 tahun penubuhan Lembaga Tabung Haji.


"Tabung Haji berjaya melonjak prestasi kewangan dengan mencatat pendapatan melebihi RM2 bilion selama tiga tahun berturut-turut sejak 2010 dan keuntungan bersih buat pertama kali melepasi RM2.0 bilion," katanya ketika mengumumkan bonus berkenaan di Menara Tabung Haji di sini, hari ini.

Beliau berkata, pembayaran bonus kepada semua pendeposit akan dilakukan pada 10 Februari ini. 
 
Sumber: Berita Harian
Share:

Copyright © Catatan Chegukapon | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Blogger Templates20