Perjalanan Beribu Batu Bermula dengan langkah pertama

Sunday, February 10, 2013

Lebuh Raya Sesak

Kuala Lumpur: Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dari Plaza Tol Gombak menghala ke Plaza Tol Bentong sesak hampir 28 kilometer (km) manakala Lebuhraya Utara-Selatan dari susur Bangi hingga ke Seremban sesak hampir 50km apabila apabila ribuan warga kota pulang lewat ke kampung semalam sempena cuti Tahun Baru Cina.
Pemantauan Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sehingga jam 4 petang semalam mendapati dua laluan berkenaan sesak sejak jam 10 pagi menyebabkan kenderaan hanya bergerak sekitar 20 hingga 40 kilometer sejam.

Bagi Lebuhraya Karak, masa perjalanan dari Plaza Tol Gombak hingga Plaza Tol Bentong meningkat sehingga tiga jam berbanding kebiasaannya sekitar 45 minit.
Sementara itu, kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan dari Bangi ke Seremban menyebabkan masa perjalanan meningkat sehingga hampir dua jam.

Bagaimanapun, laluan keluar ibu kota ke arah utara di Lebuhraya Utara-Selatan bermula dari Plaza Tol Jalan Duta agak lancar walaupun ada gangguan terhadap pergerakan trafik di beberapa kawasan akibat kemalangan.

Jurucakap LLM berkata, kemalangan berlaku di KM271.3 (Ipoh Selatan - Ipoh Utara) sekitar jam 3.30 petang menyebabkan aliran trafik sesak sehingga satu kilometer.
Aliran trafik bagaimanapun bergerak perlahan di beberapa kawasan seperti dari Rawang ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang menyebabkan kesesakan hampir 8km dari Behrang ke Ladang Bikam (12km) dan Tapah ke Gopeng (23km).

Sumber: Harian Metro
Share:

Copyright © Catatan Chegukapon | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Blogger Templates20