Perjalanan Beribu Batu Bermula dengan langkah pertama

Sunday, December 30, 2012

Guru gotong-royong bersih sekolah

RANTAU PANJANG: Cuaca panas sejak tiga hari lalu menyebabkan banjir di seluruh negeri ini beransur pulih dan air yang menenggelami beberapa daerah, termasuk kawasan ini, juga semakin surut.
Keadaan semakin baik itu akan membolehkan semua murid dan pelajar kembali ke sekolah seperti dijadualkan tidak lama lagi.

Tinjauan Metro Ahad pagi semalam mendapati, kakitangan dan guru sekolah kini sibuk membersihkan kesan lumpur sebagai persediaan memulakan sesi persekolahan baru 1 Januari ini.
Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang Satu, Mohd Fakharuddin Talib, 44, berkata, mereka membersihkan rumah secara bergotong-royong bagi memastikan sekolah dibersihkan sebelum sesi bermula.

Katanya, ia perkara biasa yang mereka lakukan setiap kali selepas dilanda banjir setiap tahun dan turut mendapat bantuan Balai Bomba Rantau Panjang.

“Seperti biasa, selepas banjir pulih, guru dan pembantu am bergotong-royong membersihkan sekolah yang berlumpur selepas ditenggelami banjir.
“Kami perlu membersihkan sekolah dengan segera kerana dua hari lagi pelajar baru tahun satu akan membuat pendaftaran, malah sesi persekolahan bakal bermula.

“Mujur anggota bomba membantu dengan menyediakan kemudahan air tekanan tinggi,” katanya.
Sebanyak 21 bilik darjah membabitkan lima blok bangunan serta kantin sekolah terbabit ditenggelami air.

Sumber: Harian Metro
Share:

Copyright © Catatan Chegukapon | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Blogger Templates20