Perjalanan Beribu Batu Bermula dengan langkah pertama

Tuesday, February 14, 2012

Tiga lelaki jaga Apek


KOTA BHARU: Ancaman diterima Khairul Fahmi Che Mat, 23, atau Apek mendorong pengurusan Khairul Fahmi Resources Sdn Bhd (KFR), serta-merta mengupah tiga lelaki untuk mengawasi keselamatan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu.

Pengurus KFR, Seiyed Ahmad Mohamad Yusoff berkata, tiga lelaki itu bukan pengawal peribadi tetapi diberi tugas khas mengawasi Khairul Fahmi dalam semua program yang disertainya termasuk ketika perlawanan bola sepak.


“Tiga lelaki itu bukan pengawal peribadi, tetapi bertanggung jawab menjaga keselamatan Apek dan mengawasinya dari jauh. Kami tidak mendedahkan identiti mereka yang mengawasi Apek dan mereka juga akan memerhati sesiapa saja yang mendekati Apek dengan menyamar seperti orang ramai,” katanya.

Sementara itu, bapa Khairul Fahmi, Che Mat Husin, 60, ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung kejadian simbah cat yang berlaku di pejabat anaknya.


“Saya tidak boleh cakap apa-apa sekarang kerana saya tidak pasti apa yang sebenarnya berlaku dan menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Share:

Copyright © Catatan Chegukapon | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Blogger Templates20