Friday, December 30, 2011

Janda keldai dadah

GEORGETOWN: Seorang janda beranak dua dari negeri ini menjadi keldai dadah terbaru apabila dijadikan umpan untuk membawa syabu sebelum dia ditahan sepasukan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), kelmarin.

Wanita berusia 41 tahun itu ditahan kira-kira jam 3 petang oleh sepasukan anggota polis cawangan narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya sejurus menjejakkan kaki di LTAPP.

Hasil pemeriksaan dalam beg pakaian yang dibawanya, polis menemui dadah jenis syabu seberat 3.7 kilogram (kg) dianggarkan bernilai hampir RM1 juta yang cuba diseludup wanita berkenaan.

Difahamkan, serbuan itu dilakukan susulan penahanan dua lelaki warga Nigeria berusia lingkungan 30-an di Kuala Lumpur dan seorang daripadanya dikatakan teman lelaki janda berkenaan yang cuba mengambil kesempatan menggunakannya untuk menyeludup dadah

Sumber: Harian Metro