Perjalanan Beribu Batu Bermula dengan langkah pertama

Saturday, November 19, 2011

Wang RM 100 Boleh tuntut masa cuti sekolah


KUALA LUMPUR: Mana-mana ibu bapa yang masih belum memperoleh wang bantuan persekolahan RM100 diberi kerajaan, masih boleh menuntutnya daripada pihak sekolah sehingga tarikh akhir iaitu penghujung bulan depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud, berkata meskipun cuti sekolah sudah bermula hari ini, agihan wang bantuan terbabit masih diteruskan sehinggalah semua pelajar sekolah rendah dan menengah menerimanya.

“Jangan salah faham apabila kita kata pihak sekolah kena agih wang bantuan sebelum cuti persekolahan bermula kerana itu hanya untuk menyenangkan proses, tapi bagi yang belum sempat ambil tetap boleh tuntut sepanjang cuti ini.

“Sebab wang bantuan ini adalah hak pelajar sama ada sekolah rendah atau menengah dan semua mereka wajib memperolehnya mengikut nilai sebenar (RM100), malah pihak sekolah tak boleh kurangkan walau sedikit seperti mana ditekankan Timbalan Perdana Menteri.


“Jadi tak perlu bimbang, wang bantuan tetap ada, cuma ibu bapa dinasihat hubungi pihak sekolah dulu sebelum datang tuntut. Bukan apa, kita mahu mereka datang ambil bila wangnya sudah ada,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sumber: Harian Metro

Share:

Copyright © Catatan Chegukapon | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Blogger Templates20