Saturday, November 05, 2011

Pengajaran daripada Ibadat Qurban


Esok 10 Zulhijjah seluruh umat islam akan menyambut Hari Raya Qurban. Hari Raya Qurban adalah perayaan yang penting dalam islam.Semperna hari Raya qurban ramai orang islam menyembelih binatang ternakan seperti unta,kambing dan lembu untuk dikorbankan. Ibadat Qurban merupakan sunat muakat.Adakah hanya kita menyembelih binatang itu dikira kita telah melaksanakan ibadat Quran. Penyembelihan hanya merupakan simbolik sahaja. Apa yang penting ialah pengorbanan kita dalam melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan NYA. Antara hikmat ibadat Qurban ialah:
  1. Memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang taat melaksanakan perintah Allah supaya menyembelihkan anaknya, Nabi Ismail a.s, yang kemdiannya ditukar oleh Allah dengan seekor binatang sembelihan iaitu kibash
  2. Membantu orang fakir atau miskin menikmati daging korban pada hari kebesaran dalam Islam.
  3. Mendidik jiwa supaya suka berkorban untuk kepentingan agama. (fisabilillah)
  4. Memberi keinsafan dan menambahkan ketakwaan kepada Allah swt
  5. Menjalin dan merapatkan lagi tali silaturrahim sesama Islam
  6. Menunjukkan kesyukuran ke atas segala nikmat pemberian Allah swt
  7. Memupuk sifat ikhlas beribadat semata-mata kepada Allah swt
  8. Mendedahkan diri, keluarga dengan amalan-amalan anjuran Islam
Justeru marilah kita sama-sama melakukan ibadat Ourban ini dengan penuh ketakwaan kepada Allah apa yang penting bukan binatang yang kita sembelih itu tapi yang lebih penting ialah ketakwaan kita kepadaNYA dalam urusan kehidupan kita di dunia yang sementara ini.

Akhir sekali Chegukampung mengucapkan Salam adiladha kepada semua pengunjung blog CK.