Perjalanan Beribu Batu Bermula dengan langkah pertama

Sunday, November 13, 2011

Guru Kerja 9 Jam Bermula Tahun 2012 ?


Dua tiga hari ni sibuk pasal guru kerja 9 jam mulai 2012.Bermacam pandangan dan pendapat telah diberikan sama ada guru sendiri,NUTP dan pihak yang akan melaksankan. seramai 5,000 guru dari 104 buah sekolah akan terlibat dalam uji kaji kepada sistem waktu bekerja iaitu guru kerja 9 jam mulai Januari 2012 meliputi 4 negeri seperti Pahang, Melaka, Johor & Sarawak.

Walaubagaimanapun Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) tidak bersetuju dengan pelaksanaan guru kerja 9 jam ini kerana :
  • Mana-mana guru kerja 9 jam nanti dikhuatiri akan lebih tertekan selepas terpaksa mengikut perubahan waktu kerja baru ini yang akan menganggu tugas mereka di sekolah
  • Pelaksanaan dasar guru kerja 9 jam sama seperti seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah
  • Guru ada banyak tugasnya. Mereka bukan sahaja pendidik malah guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya.
  • Ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan
Share:

Copyright © Catatan Chegukapon | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Blogger Templates20