Perjalanan Beribu Batu Bermula dengan langkah pertama

Monday, November 14, 2011

Bersanding di zoo


KUALA LUMPUR: Pelbagai cara dilakukan pasangan pengantin bagi mengabadikan kenangan mahligai dibina dan tidak terkecuali bagi pasangan, Muhamad Syarifuddin Sidik, 30, dan Putri Ernie Suraya Megat Yusop, 27, yang memilih untuk bersanding di Zoo Negara, malam tadi.

Kira-kira 2,000 tetamu, terdiri daripada sanak saudara dan keluarga terdekat memeriahkan majlis perkahwinan unik berkenaan.


Memilih Dataran Datuk Ismail Hutson sebagai lokasi persandingan, kedua-dua mempelai sepakat mengabadikan kenangan indah mereka menerusi konsep alam semula jadi yang mengasyikkan.

Bermula dengan menyusuri laluan disinari cahaya pelita di sepanjang taman haiwan berkenaan, tetamu disambut pengiring berpakaian ala wirawati hutan ditemani burung hantu dan ular sawa.


Bapa pengantin lelaki, Sidik Hassan, 60, berkata mereka sekeluarga memilih Zoo Negara sebagai lokasi majlis bagi memenuhi impian persandingan dalam taman buat anaknya.


“Kami merancang majlis ini sejak setahun lalu dan bersyukur kerana ia berjalan lancar,” katanya.

sumber: Harian Metro


Share:

Copyright © Catatan Chegukapon | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Blogger Templates20