Perjalanan Beribu Batu Bermula dengan langkah pertama

Saturday, October 29, 2011

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2011


Perlawaan akhir Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Shah Alam yang menyaksikan Pasukan dari pantai timur iaitu Terengganu bertemu dengan Negeri Sembilan. Permainan seimbang dari kedua-dua pasukan dengan Terengganu menjaringkan gol pada minit ke59 hasil jaringan Muhamad Ashaari Shamsuddin tetapi kesungguhan pasukan Negeri sembilan berjaya menyamakan kedudukan pada minit 81 hasil sepakan S. Kunalan yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Terengganu. Pada minit ke 86 Negeri Sembilan berjaya menambahkan jaring hasil dari Hairuddin Omar ( Hai-O).Keputusan penuh perlawanan Negeri Sembilan 2 Terengganu 1. Untuk rekod Hai-O berjaya menjaringkan gol Perlawanan Akhir tiga tahun berturut-turut iaitu 2009(N.9) 2010 (Kelantan) 2011(N.9). Tahniah Pasukan Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2011. Jumpa lagi tahun depan.....
Share:

Copyright © Catatan Chegukapon | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Blogger Templates20