Perjalanan Beribu Batu Bermula dengan langkah pertama

Friday, October 07, 2011

Bajet Sektor Pendidikan Bagi Tahun 2012


Hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012, belanjawan yang kedua di bawah tempoh pelan pembangunan lima tahun Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion

Antara sektor yang mendapat peruntukan tertinggi ialah sektor pendidikan:

1. RM 1 bilion untuk sekolah
- RM 500 juta untuk sekolah kebangsaan
- Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

2. Yuran sekolah Yuran sekolah rendah dan menengah dimasuhkan mulai sesi 2012

3. Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.
Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.
Share:

Copyright © Catatan Chegukapon | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Blogger Templates20