Perjalanan Beribu Batu Bermula dengan langkah pertama

Tuesday, October 04, 2011

Arahan siasat guru dera murid

KOTA BHARU: Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan menjelaskan, pihaknya sudah mengarahkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Gua Musang mendapatkan keterangan daripada guru dan empat pelajar sekolah menengah di Gua Musang yang mendakwa menjadi mangsa dera empat guru.

Pengarah JPN Kelantan, Hussain Awang berkata, semua yang terbabit sudah dipanggil dan pihaknya kini menunggu laporan penuh kejadian itu.


“PPD Gua Musang akan cuba menyelesaikan perkara itu secepat mungkin. Setakat ini, kita belum mendapat laporan penuh mengenai kejadian itu,” katanya ketika ditemui pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Warga PPD Kota Bharu serta Anggota Khidmat Sokongan Parlimen Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Sumber: Harian Metro

Share:

Copyright © Catatan Chegukapon | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Blogger Templates20