Saturday, July 16, 2011

41,267 berjaya ke IPTA

PUTRAJAYA: Seramai 41,267 pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi, Asasi atau setaraf ditawarkan untuk mengikuti program ijazah pertama di 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan bagi sesi 2011/12 yang bermula awal September ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa, berkata seramai 64,703 pelajar memohon untuk mengikuti program ijazah pertama tahun ini, dan seramai 53,216 pelajar memenuhi kelayakan minimum iaitu nilai PNGK 2.0 mata ke atas.


Namun, hanya 41,267 ditawarkan ke IPTA tempatan yang membabitkan 21,954 pelajar untuk aliran sains dan 19,313 pelajar lagi aliran sastera.

Katanya, pemilihan tahun ini dibuat berdasarkan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah ko-kurikulum yang diperoleh dari Kementerian Pelajaran untuk menentukan nilai merit seseorang calon.


“Sebagai contoh, seseorang calon yang mempunyai PNGK 4.0 akan mempunyai markah penuh akademik sebanyak 90, manakala calon yang mempunyai PNGK 3.60 akan memperoleh markah akademik sebanyak 81.0 dengan menggunakan pengiraan 3.60x0.25x90.


“Jadi, sekiranya seseorang calon mempunyai PNGK 3.60 dan markah ko-kurikulumnya 8.0, maka nilai merit calon adalah 89.0,” katanya pada sidang media mengumumkan status permohonan kemasukan ke Instituti Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian STPM/Matrikluasi/Asasi/Setaraf (Ijazah Pertama) bagi sesi 2011/12 di sini, semalam.

Rujhan berkata, dalam beberapa kes, terdapat calon yang mempunyai nilai PNGK 4.0, tetapi markah ko- kurikulumnya rendah, maka kedudukan mereka dalam merit adalah lebih rendah berbanding mereka yang mempunyai nilai PNGK rendah sedikit, tetapi markah ko kurikulum lebih tinggi.


Katanya, bagi kes seumpama itu, terdapat calon yang mempunyai PNGK 4.0 dengan markah ko-kurikulum yang rendah tidak memperoleh pilihan pertama mereka.

engumumkan status permohonan kemasukan ke Instituti Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian STPM/Matrikluasi/Asasi/Setaraf (Ijazah Pertama) bagi sesi 2011/12 di sini, semalam.

Rujhan berkata, dalam beberapa kes, terdapat calon yang mempunyai nilai PNGK 4.0, tetapi markah ko- kurikulumnya rendah, maka kedudukan mereka dalam merit adalah lebih rendah berbanding mereka yang mempunyai nilai PNGK rendah sedikit, tetapi markah ko kurikulum lebih tinggi.


Katanya, bagi kes seumpama itu, terdapat calon yang mempunyai PNGK 4.0 dengan markah ko-kurikulum yang rendah tidak memperoleh pilihan pertama mereka.

Sementara itu, beliau berkata semua 3,018 pelajar cemerlang yang memperolehi PNGK 4.0 mata terpilih menyertai program ijazah pertama, membabitkan 2,227 pelajar mengikuti pengajian dalam bidang sains seperti perubatan, pergigian dan farmasi manakala baki iaitu 791 pelajar memilih bidang sastera.


Menurutnya, daripada 39,998 pelajar Bumiputera yang layak hanya 29,838 pelajar yang ditawarkan tempat ke IPTA, berbanding kaum Cina seramai 10,677 pelajar (layak) dan 9,457 pelajar (ditawarkan) manakala kaum India seramai 1,813 pelajar (layak) dan 1,511 pelajar (ditawarkan) serta lain-lain kaum seramai 728 pelajar (layak) dan 461 pelajar (ditawarkan),” katanya.


Selain itu, beliau berkata, 2,154 pelajar orang Asli, Orang Kelainan Upaya (OKU), Bumiputera Sabah dan Sarawak serta atlet yang mewakili negeri dan negara turut dipilih untuk mengikuti pengajian dalam bidang yang dipohon, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf pendidikan kepada golongan terbabit.


Rujhan berkata, pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon berjaya mulai hari ini (16 Julai) dan semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari iaitu pada atau sebelum 22 Julai.


Sementara itu, calon yang gagal boleh mengemukakan rayuan menerusi aplikasi e-Rayuan mulai semalam (15 Julai) di laman web upu.mohe.gov.my. Tarikh tutup e-Rayuan pula ialah pada 24 Julai ini.

Sumber: Harian Metro