Friday, June 10, 2011

Gunung Stong


Puncak Gunung Stong

Air Terjun Jelawang

Gunung Stong terletak di Negeri Kelantan. Gunung ini terletak di Hutan Simpan Dabong. Gunung ini merupakan kawasan Eco Tourism yang terkenal di Malaysia. Terdapat air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara di sini iaitu air Terjun Jelawang dengan ketingginan 303 M dari paras laut. Setiap kali musim cuti sekolah tempat ini dipenuhi pelancong dalam dan luar negara. Ada pelancong yang tinggi di Kem Baha berbulan hanya untuk melihat kemunculan matahari di waktu pagi.Terdapat berbagai cara untuk ke sini. Jika anda dari Kuala Lumpur anda boleh menaiki keretapi atau kereta persendirian. Jika menaiki keretapi anda akan ke stesen Dabong.

Jika berkereta anda melalui lebuh raya karak selepas tol bentong anda susur keluar ke Bentong - Raub-Kuala Lipsi-Merapoh-Gua Musang. Sampai di Gua Musang anda perlu belok ke kiri iaitu ke Jelawang. Pejalanan ini mengambil masa lebih kurang 8 Jam. Jika anda dari utara anda perlu menaiki kereta melalui Lebuh raya timur barat. Anda perlu melalui pekan jeli untuk ke jelawang. Perjalanan Jeli ke Jewalang amat menyeronakkan kerana di tepi jalan akan dapat lihat suasana kampung yang penuh dengan Dusun buah-buahan. Jika musim buah banyak gerai buah di tepi jalan. Buah yang dijual bukan sahaja segar tetapi murah. Akhir kata selamat bercuti ........