Perjalanan Beribu Batu Bermula dengan langkah pertama

Saturday, April 17, 2010

Guru lelaki-wanita lebih seimbang

HULU SELANGOR - Mulai tahun ini, nisbah pengambilan calon lelaki dan wanita untuk mengikuti kursus latihan perguruan akan diseimbangkan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Fuad Zarkashi.

Katanya pada pengambilan pelatih guru tahun ini, 50 peratus calon adalah lelaki dan nisbah sama untuk wanita di mana 40 peratus pelatih adalah dari Semenanjung dan 30 peratus masing-masing dari Sabah dan Sarawak.

"Ini adalah salah satu langkah kementerian bagi memastikan pelatih dari Sabah dan Sarawak boleh dihantar semula ke negeri asal mereka selepas tamat latihan manakala pelatih lain berkhidmat di Semenanjung.

"Ketika ini guru dari Semenanjung dihantar berkhidmat di Sabah dan Sarawak dan sebaliknya. Ini menimbulkan banyak masalah di samping kita dapat mengatasi masalah pertukaran guru ke kawasan pedalaman," katanya.

Fuad berkata demikian dalam sesi dialog bersama persatuan ibu bapa dan guru dari sekolah-sekolah di sekitar Batang Kali, dekat sini semalam.

Sumber: Kosmo

Share:

Copyright © Catatan Chegukapon | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Blogger Templates20