Perjalanan Beribu Batu Bermula dengan langkah pertama

Wednesday, March 10, 2010

Didik anak bangsa hingga akhir hayat

BERKHIDMAT lebih 33 tahun dalam bidang perguruan bukan tempoh yang panjang bagi Hamzah Mohammad kerana jangka waktu itu dirasakan belum mencukupi untuk mendidik anak bangsanya. Beliau berhasrat ingin terus mencurahkan bakti kepada anak bangsanya sehingga akhir hayat. Bagi Hamzah, kejayaannya dalam mendidik akan dirasai apabila melihat pelajarnya cemerlang dalam kehidupan, keperibadian serta jati dirinya.

Hamzah memulakan tugas sebagai guru ketika berusia 23 tahun selepasuti Kursus Perguruan peringkat daerah dan melanjutkan latihan di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (MPTI), Johor Bahru pada 968. Selepas tamat latihan, beliau ditugaskan di beberapa buah sekolah menengah dan rendah sebelum bersara wajib pada usia 55 tahun.

Kegigihan beliau berkhidmat menyebabkan guru sentiasa menyanjunginya. Beliau banyak mencurahkan ilmu pengetahuan dan kaedah pengajaran yang berkesan untuk pelajarnya. Sepanjang perkhidmatannya, beliau memang dikenali sebagai guru yang sentiasa tegas dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Hamzah berpegang kepada prinsip, ‘Guru mesti menunjukkan sikap sebenarnya guru, ke sekolah tidak jemu dan mengajar tidak lesu’. Prinsip ini sering diterapkan ke dalam jiwa setiap guru yang berkhidmat di bawah pentadbirannya.

Sumber: Pendidik

Share:

Copyright © Catatan Chegukapon | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Blogger Templates20