Perjalanan Beribu Batu Bermula dengan langkah pertama

Monday, February 01, 2010

Pemangku Raja lawat desa

JELI: Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra, menghabiskan masa kira-kira setengah jam di Kampung Gemang, dekat sini, kelmarin.
Warga emas terbabit dilihat terpinga-pinga dengan kehadiran anakanda sulung Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra itu kerana tidak menyangka baginda akan melawatnya di pondok usang didiaminya.

Ketika ditanya mengenai permintaannya oleh Pemangku Raja, Limah tidak mampu menyebut apa-apa kerana terlalu gembira Tengku Muhammad Faris mencemar duli melawatnya.

“Makcik sunyi tinggal bersendirian apabila semua lima anak berkahwin dan menjalani kehidupan masing-masing. Makcik sudah lama tinggal di pondok usang ini dan tidak sangka pula pemangku raja sudi melawat,” katanya.

Terdahulu, Tengku Muhammad Faris yang tiba di kampung itu kira-kira jam 4.30 petang menunaikan solat Asar di Masjid Gemang.
Baginda diiringi Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias.

Sebaik selesai menunaikan solat, baginda menarik tumpuan ratusan penduduk apabila turut menyempurnakan acara menyembelih lembu.

Sempena lawatan itu, baginda juga mengunjungi Mat Nawi Ismail, 43, yang cacat penglihatan sejak lebih 30 tahun lalu.

Dalam pertemuan itu Tengku Muhammad Faris berjanji untuk memberi sumbangan peribadi kepada Mat Nawi selain tongkat untuk membantunya berjalan.

Sumber: Harian Metro

Share:

Copyright © Catatan Chegukapon | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Blogger Templates20