Perjalanan Beribu Batu Bermula dengan langkah pertama

Saturday, February 27, 2010

Di mana nilai kemanusiaan

Sedih, nak marah itulah perasaan sy buat masa ini. di manakah nilai seorang manusia yang mempunyai akal yang boleh menilai, yang boleh berfikir sehingga sanggup mendera dan membunuh. Sanggup membunuh anak yang dikandung selama 9 bulan dalam tandas untuk menutup kesalahan yang dilakukan.

Betullah kata pepatah dalam masyarakat manusia ada golongan binatang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada golongan manusia. itulah yang berlaku di Johor dimana seorang gadis sanggup membunuh bayi yang baru lahir dalam sebuah tandas. Begitu hinanya seorang manusia sanggup membunuh bayi yang tidak berdosa untuk menutup kesalahan diri.

Dalam minggu ini, 2 berita yang benar2 menyentuh hati sy. Pertama bayi dibunuh dalam tandas di Johor. Kedua kanak2 3 tahun didera teman lelaki ibu sehingga mati hanya bermain air. Saya tak dapat bayangkan bagaimana kesakitan yg ditanggung budak itu sebelum menemui ajal. saya berharap hukuman yg setimpal harus dikenakan kepada pelaku.
Share:

Copyright © Catatan Chegukapon | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Blogger Templates20