Thursday, February 11, 2010

Buat Renungan Bersama

Berikut adalah dapatan satu kajian mengenai persepsi murid terhadap guru. Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri dan meletakkan kita didalam kelompok mana.


Ciri guru yang dianggap sebagai berkesan:


1 Guru mengajar sangat jelas.

2 Sangat tegas, betul, tidak lewat masuk.

3 Rajin, mudah difahami.
4 Mengajar bersungguh-sungguh.
5 Berdisiplin, masuk awal, teknik pengajarannya berkesan dan hadir ke kelas tepat pada masanya.
6 Murid belajar dengan gembira, tidak tertidur. Guru yang sangat baik dan prihatin, mereka tidak duduk atau baca buku.
7 Suka buat lawak, tulisan guru terang, mengajar dengan penuh semangat ingin menolong.
8 Memberi hukuman yang adil, seronok kerana dia mengajar cepat faham.
9 Suka menyemak buku, tidak sombong.
10 Kerana dia tidak malas, kalau orang tak reti membuat kerja dia tunjukkan.

Faktor guru dinilai rendah

1 Jarang masuk kelas, garang, malas dan mengajar sedikit.
2 Tidak mengajar dengan betul.
3 Selalu tak masuk kelas.
4 Susah hendak faham.
5 Sekali-sekala masuk kelas dan pelajaran kami ketinggalan.
6 Kurang mengajar dan suka marah.
7 Tidak PJK
8 Guru garang suka luku kepala orang.
9 Saya tidak suka cikgu yang lembut.
10 Kerana dia hari-hari beri kerja rumah sampai tak dan nak buat.
11 Menyuruh orang balik kalau orang itu tidak bawa buku.
12 Tidak mengambil berat terhadap kami, mengajar kami tidak sempurna dan hidung tinggi.
13 Malas mengajar, tidak menerangkan apa yang ditulis.
14 Tidak pernah berbincang dalam Penulisan.
15 Cikgu ini banyak memberikan kerja tetapi di dalam kelas dia hanya duduk sahaja dan tidak membincangkannya, dia selalu menengking kami.
16 Mengajar tidak bersungguh-sungguh.
17 Selalu tidak mengajar.
18 Lewat masuk kelas.
19 Pelajaran agama saya lemah kerana guru lambat masuk dan lambat mengajar.
20 Pengajarannya amat lemah.
21 Mereka duduk macam orang malas dan tengok mereka macam malas mengajar.
22 Mengajar orang dia sampai tidur dan dia tidak gerakkan orang yang tidur cikgu biarkan sahaja.

23. Suka masuk lambat.
24 Kerana ia mengajar main-main.
25 Mementingkan diri sendiri, dan dia tidak menulis di papan hitam.
26 Selalu membuang masa.
27 Tidak mengambil berat tentang murid, suka menyebelahi anak sendiri dan bercakap besar.
28 Tidak mengajar, masuk kelas bagi kerja lepas itu duduk.
29 Selalu masuk lambat, malas mengajar, membiarkan murid buat bising.
30 Lebih banyak memberi latihan daripada mengajar.