Saturday, January 09, 2010

Catatan Jumaat

Semalam seperti biasa aku solat jumaat di Masjid Al-Amin (Masjid PGA Briged Tengah). Di sinilah aku solat jumaat jika hari persekolahan sebab masjid ni dekat dengan sekolah aku. semalam khatib telah menyampaikan khutbah tentang ARAK. Ramai yang tahu Arak tu HARAM bagi org islam. Mengapa arak diharamkan ? antara sebabnya seperti berikut:


1. Boleh merosakkan akhlak

2. Permusnah rumah tangga suami/isteri bergaduh punca daripada arak.

3.Boleh merosakkan urat saraf.

4.Boleh menyebabkan kehilangan nyawa(kemalangan sebab mabuk)

5. Perubahan pada akal( akal tidak waras)

6. Kejadian zina dan rogol meningkat.

7. Ibu segala kejahatan.

8. memabukkan ( walaupun setitik ia tetap haram)

9. Dilaknat oleh Allah


Berdosa bagi golongan yang terlibat dlm aktiviti di bawah


1. peminum arak

2. pengangkat dulang arak (pelayan)

3. penjual

4. pekerja di kedai arak
itulah sedikit kandungan khutbah yg aku ingat.