Friday, October 30, 2009

Sejadah berdiri ?


Sebenarnya malas nak ulas pasal sejadah berdiri sebab dah byak berita tentangnya. dalm tv pun ada, surat khabar pun ada dan dalam internet pun ada. Memang kejadian2 pelik ini akan mendapt liputan dalam berita. Semalam aku tgk sendiri sejadah berdiri terkejut gak. betul ke atau aku bermimpi ni.(dalam hati). Kejadian ini berlaku sewaktu aku nak solat zohor kat surau. ketika tu x da sapa2 pun. selesai ambil wuduk aku terus solat tanpa menghiraukan sejadah tersebut. ketika hampir selesai solat aku terdengar bunyi bising suara bdk2 sibuk dok ambil sejadah tersebut. selesai solat aku terus ke pintu aku ternampak 2 org budak murid perempuan. Aku bertanya sapa yg masuk surau tadi.Dia memberitahu 4 org murid lelaki tahun 3. aku kenal murid laki tu. Tanpa membuang masa aku ke kelasnya. aku memanggil mereka dan bertanya apa yg mereka buat tadi. Mereka memberitahu utuk menyusun sejadah yg mereka buat berdiri. Aku bertanya kenapa buat mcm tu mereka kata saja suka2.bergitulah sikap bdk2 mudah terpangaruh, ikut tanpa mengetahui kesan baik atau buruk. Jadi setiap yg berlaku perlu disiasat supaya tidak menimbulkan kekecohan. aku telah memberi amaran kepada mereka supaya tidak mengulangi lagi perkara2 yg tidak mendatangkan faedah malah memimbulkan kekecohan. Jadi fikir2lah tentang kejadian sejadah berdiri yg mengemparkan negara sama ada benar2 berlaku atau dilakukan oleh mereka yg tidak bertanggungjawab.