Perjalanan Beribu Batu Bermula dengan langkah pertama

Friday, August 14, 2009

Sehari di KLIUC

Semalam saya bersama Cikgu Ku Arshad ke KLIUC menghadiri seminar tentang undang-undang dalam pengurusan disiplin sekolah. Peserta yang terlibat ialah guru disiplin sekolah Daerah Hulu Langat. Seminar ini adalah untuk memberi kefahaman kepada guru-guru disiplin dalam menjalankan tugas disiplin di sekolah. kursus ini dianjurkan oleh PPD Hulu Langat. Sebenarnya bukan mudah untuk menguruskan disiplin sekolah kerana memerlukan banyak proses dan masa. Saya berharap apa yang dicadangkan oleh penceramah kepada KPM menjadi kenyataan. Beliau memaklumkan tentang cadangan untuk mewujudkan jawatan guru disiplin sebagai jawatan luar normal dan masa mengajar 14 waktu seminggu. Apapun yang penting di sini tanggungjawab mengurus disiplin bukan terletak di bahu guru disiplin sahaja kerana terdapat pekeliling yang menyatakan semua guru adalah guru disiplin.
Share:

Copyright © Catatan Chegukapon | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Blogger Templates20