Saturday, July 11, 2009

Catatan Jumaat

(Gambar Hiasan)


Semalam 10 Julai 2009, seperti biasa saya solat jumaat di Masjid PGA Cheras. Di sinilah saya selalu solat jumat jika waktu persekolahan kerana masjid ini dekat dengan sekolah. Saya cukup tertarik dengan Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib iaitu tentang peranan media dalam menyampaikan berita.
Menurut Khatib, negara boleh jadi huru hara jika media tersalah lapor tentang sesuatu maklumat.
Media menjadi peranan penting dalam membentuk pepaduan, kehormonian dan kesejahteraan. Media juga menyebabkan berlaku pepecahan. Begitu pentingnya peranan media dalam membentuk minda masyarakat. Justeru para pengamal media laporlah berita dengan adil walaupun pahit kerana kestabilan negara terletak pada mata pena anda,papan kekunci anda supaya kita terselamat di dunia dan akhirat.