Thursday, March 19, 2009

PTK


Hari ini merupakan kali pertama aku ambil PTK.Pagi tadi awal lagi aku keluar rumah untuk ke pusat periksa di SMK Cheras Perdana. Aku sampai di sana pkl 7.40 pg. periksa pkl 9.00 pagi. Aku datang awal sebab aku tak tahu lokasi sekolah. Sewaktu aku masuk ke kawasan sekolah sunyi sepi, aku ingat akulah org yg paling awal tapi ada lagi org yang awal. Aku nampak seorg guru lelaki berbangsa cina sedang asik membaca buku. aku menegurnya "hi ambil PTK juga ke" dijawab oleh guru itu " ya, you tak bawa buku ke" dalam hati aku cikgu ni nak sindir aku ke sebab aku jalan melenggang je tak bawa buku. awk jawab " tak". Dia bagitahu aku periksa hari ini bole bawa masuk buku dalam dewan. terkejut aku. Bagi menyakinkan aku dia menunjukan surat yang menyatakan bole guna buku untuk kertas umum je. Dia cakap dia dapat dalam internet. surat siaran kalau sesiapa nak baca ke, cetak ke bolehlah klik kat sini