Perjalanan Beribu Batu Bermula dengan langkah pertama

Friday, March 27, 2009

Martabat guru agenda semua tahun 2009

Ditulis oleh Pendidik

Image DALAM perutusan Tahun Baru 2009, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyentuh beberapa aspek mengenai profesion perguruan terutama membabitkan kualiti guru. Berikut dipaparkan sebahagian daripada ucapan beliau mengenai usaha Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam memartabatkan profesion itu.

SEKOLAH cantik, kelengkapan canggih dan persekitaran pembelajaran yang kondusif belum pasti dapat menjamin kualiti dan keberkesanan pendidikan. Di sinilah terletaknya peranan dan tanggungjawab guru dan pemimpin sekolah dalam memastikan agenda pendidikan negara dapat direalisasikan sebaikbaiknya. Oleh itu usaha memartabatkan profesion keguruan tidak akan sama sekali terhenti malah akan terus diperkukuhkan dari semasa ke semasa. Saya akan melaksanakan segala yang terdaya bagi memastikan kualiti guru dipertingkatkan dan pada waktu yang sama saya akan berusaha untuk memastikan masa depan dan kebajikan guru terus terbela.

sumber: Majalah Pendidik

Share:

Copyright © Catatan Chegukapon | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Blogger Templates20