Friday, January 30, 2009

pejabat pos

Hari ini pagi-pagi lagi aku keluar dari rumah. Biasanya kalau hari sekolah aku akan keluar paling awal pun pukul 11.30. sebab aku mengajar petang. Hari aku keluar awal nak ke pejabat pos. aku pilih pejabat pos bt 9 sebab dekat dengan sekolah aku.
Tiba aku di pejabat pos terkejut aku tengok ramainya orang berurusan setelah beberapa hari pejabat pos tutup. Aku ke pejabat pos sebenarnya untuk satu urusan je nak bayar lesen.
Aku tertanya-tanya dalam diri kenapa orang ramai sangat di pejabat pos sekarang. Setelah lama berfikir aku dapat jawapan sebab macam-macam urusan dapat buat di pejabat pos.
Sekarang pejabat pos tidak seperti dulu hanya untuk beli setem dan pos surat. Masa dah berubah peranan pejabat pos pun dah berubah tapi yang tak berubah kakitangan pejabat pos, sepatutnya pihak Pos Malaysia menambah kakitangan seiring dengan peranan sekarang.
Barulah urusan dapat berjalan dengan lancar. ni kadang-kadang nak beli setem pun kena ambil nombor.