Tuesday, January 20, 2009

NASI KERABU

Nasi kerabu memang terkenal di pantai timur. Sekarang nasi kerabu boleh didapati di mana-mana. Sewaktu balik dari sekolah tadi aku singgah di pasar malam. aku teringin sangat nak makan nasi kerabu sebab lama dah x mkan nasi kerabu. Aku nampak ada sebuah gerai jual nasi kerabu. aku terus meminta nasi kerabu kosong. Terkejut beruk aku nasi kerabu kosong RM 3. kalau kat pantai timur nasi kerabu RM 3 macam-macam lauk dah bole dapat. Ini la sikap orang melayu berniaga kalau dah laku sikit mula la nak jual mahal nak untung cepat. kau orang tahu nasi kerabu kosong tu apa. nasi kerabu kosong tu nasi warna biru + ulam + budu + kelapa goreng. tu je modal x sampai seringgit pun. nak kata sebab sewa tempat mahal, sewa tapak RM 3 je. Aku dah boikot dah gerai tu. Bukan apa dulu barang naik alasan peniaga minyak naik, sekarang minyak turun harga barang tak turun pun. tu la peniaga ni macam-macam alasan. Jadi kita sebagai pengguna kalau rasa barang mahal boikot je.