Thursday, January 15, 2009

IBADAT HAJI

Hari ini aku ke Tabung Haji yang terletak di Jalan Tun Razak kira-kira 15 minit dari rumah aku. Aku ke sana nak buat rayuan mengerjakan haji ayah dan mak aku. Mereka teringin sangat nak menunai rukun islam yang ke-5 ni. Sampai di sana aku tanya jaga tempat membuat rayuan. Dia suruh aku naik lif ke tingkat 30. Keluar pintu lif sunyi sepi. Aku terus melangkah baru aku terpandang Kaunter pendaftaran haji. aku lihat seorang sedang berurusan. Selepas orang itu selesai aku terus ke kaunter dan menyampaikan hasrat aku. Kerani kaunter terus tanya surat. Nasib baik aku dah siap awal2 surat rayuan. contoh surat rayuan aku dapat dalam internet. terima kasih kepada yang memberi surat tu. Jadi moral cerita aku sapa-sapa nak buat rayuan haji perlu tulis surat rayaun. Slip pendaftaran haji dia tak nak terima pun. sapa nak contoh surat rayuan email kat aku.