Perjalanan Beribu Batu Bermula dengan langkah pertama

Tuesday, January 06, 2009

HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2009

5 Januari 2009- Hari pertama persekolahan berjalan dengan lancar tanpa ada masalah terima kasih diucapkan kepada semua guru terutama CIKGU RAHIM yang membuat perancangan yang rapi. Perhimpunan sesi petang diadakan di dewan. Pn. Niza selaku pengerusi majlis mengalukan murid-murid tahun 1. Taklimat peraturan dan disiplin sekolah disampaikan oleh :

Cik Fatimah Yahya

1. Sekolah ada peraturan dan setiap murid perlu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

2. Murid-murid tidak dibenarkan berlari semasa masuk ke kelas

3. Beratur semasa membeli makanan di kantin, murid tahun 2 dan 3 perlu memberi laluan kepada murid tahun 1. selepas makan pinggan mesti diletakkan di dalam bekas yang disediakan.

4.Tidak dibenarkan keluar ke tandas beramai-ramai

5. Kebersihan kelas dan sekolah tanggungjawab semua.

6. murid tidak dibenarkan membawa botol mineral kerana murid membuang botol tersebut ke dalam lubang tandas. kesan tandas tersumbat.

7. Tidak dibenarkan membawa apa-apa barang permainan.


Pn. Noorani ( Guru Buku Teks)

1. Meminta murid membalut buku teks dengan plastik.

2. Tulis nama penuh dan kelas pada buku teks.

3. Murid yang belum dapat beberapa buah akan diberikan pada bulan Fe
b.
Share:

Copyright © Catatan Chegukapon | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Blogger Templates20