Perjalanan Beribu Batu Bermula dengan langkah pertama

Monday, November 17, 2008

TERKENANG SEMASA DULU




Cuti sekolah memang dinanti oleh semua insan yang bergelar pelajar termasuklah aku ketika menjadi pelajar dahulu. Cuti sekolah hujung tahun ini memang seronok kerana musim ini juga musim pesta air bagi penduduk pantai timur. Saat ini dinantikan kerana banyak aktiviti dapat dilakukan antaranya mencari ikan, bermain rakit dan sebagainya. Makanan pada musim ini juga berubah menunya yang jarang-jarang
dapat dimakan pada hari biasa. Makanan yang paling popular adalah ubi kayu dengan air kopi, aduh sedap sungguh. lauk nasi pulak ikan budu memang terkenal di negeri Kelantan pada musim ini. sekarang semua tinggal kenangan yang tidak dapat dilupakan. Itulah sedikit memori lama yang ingin dikongsi bersama pelawat blog saya.
Share:

Copyright © Catatan Chegukapon | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Blogger Templates20