Thursday, November 20, 2008

Terengganu Tuan Rumah Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2009

7 November 2008 – YB Menteri Pelajaran telah menyatakan persetujuan untuk melantik Terengganu sebagai tuan rumah kepada sambutan perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan tahun 2009. Pihak urus setia telah pun membuat perancangan awal menyusun jadual mesyuarat Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Pengelola dan seterusnya Setiausaha-setiausaha Hari Guru Jabatan Pelajaran Negeri. Mesyuarat Setiausaha Hari Guru Jabatan Pelajaran Negeri dijangka akan diadakan pada 22-23 Disember 2008 di Jabatan Pelajaran Terengganu. Mesyuarat ini turut akan melibatkan pegawai meja aktiviti-aktiviti perayaan yang akan dianjurkan bersempena dengan perayaan. Agenda utama mesyuarat ialah untuk mendapat maklumat berhubung dengan pelaksanaan aktiviti serta perancangan pengurusan perayaan bagi tahun 2009.