Perjalanan Beribu Batu Bermula dengan langkah pertama

Monday, November 17, 2008

Petikan Berita Minggu Hari ini

Cuepacs ancam boikot PTK


KOTA KINABALU: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengancam memboikot peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang didakwa banyak memberi tekanan kepada kakitangan awam, jika ia tidak dimansuhkan tahun depan.
Presidennya, Omar Osman, memberi tempoh hingga 31 Disember ini kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membuat keputusan sama ada meneruskan sistem itu atau sebaliknya.
"Kami mahu proses kenaikan pangkat dinilai mengikut prestasi kerja dan temu duga secara lisan oleh ketua jabatan," katanya pada sidang media selepas persidangan Cuepacs peringkat kebangsaan, di sini semalam. Beliau berkata, Cuepacs sudah mengadakan perbincangan dengan JPA mengenai kaedah peperiksaan PTK yang baru untuk kakitangan awam Kumpulan Sokongan Satu (Gred 17 hingga 40) serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 hingga 54). Selain itu, perbincangan yang sama juga sudah diadakan untuk kakitangan awam Kumpulan Sokongan Dua (Gred 1 hingga 16). Beliau berkata, perbincangan itu tertumpu kepada pemansuhan peperiksaan PTK dan jika ia tidak dilayan, Cuepacs mahu kaedah baru dilaksanakan, termasuk kenaikan pangkat mengikut prestasi kerja.
Share:

Copyright © Catatan Chegukapon | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Blogger Templates20