Perjalanan Beribu Batu Bermula dengan langkah pertama

Sunday, September 21, 2008

Motivasi Hari Ini

Semangat bukannya boleh dipaksa-paksa. Ia terbit dari hati hanya setelah adanya minat belajar dan kesungguhan untuk menjauhkan diri dari sekadar berpuashati menjadi budak kilang, tukang kebun atau sebagainya. Kalau anda tidak mahu diri anda susah, anda pasti akan perjuangkan nasib anda bermula dari sekarang. Kalau anda memang mahukan keseronokan yang berbentuk sementara semata, silakanlah berhibur sekarang, berkaroeke siang malam, lepak dulu, TV dulu, sembang-sembang dulu main dulu. Bila besar nanti yang anda tahu hanya ... penyesalan!!!! Siapa salah?? diri sendiri. Nanti suatu hari anda akan lihat sendiri, kawan anda yang sama-sama sekolah...wahhh!!! dah berkereta mewah hari ini... jurutera rupanya dia. Jiran anda sebelah rumah...makk aaaiii... dah bergelar Doktor dia rupanya. Sepupu anda yang sama-sama belajar .. amboiii bukan main makin manisnya.. dah jadi lawyer... patut lerr..!!
Tapi bagaimana anda?? Lihat, itulah akibatnya kerana terlalu berkira-kira nak buat kerja sekolah. Terlalu berkira-kira nak buat ulangkaji... bosanlah, malaslah, nanti dulu lah... tapi masa tetap berjalan. Sikap suka bertangguh, buang masa dan berpuas hati dengan apa yang ada adalah musuh kejayaan. Tengok anda buang masa lagi... tunggu agar bersemangat baru nak belajar...
Pelajar cemerlang ialah pelajar yang mempunyai KOMITMEN yang tinggi terhadap tugas-tugasnya sebagai seorang pelajar. BUKANNYA yang mempunyai SEMANGAT tinggi. Betulkan minda anda dari sekarang..

Share:

Copyright © Catatan Chegukapon | Powered by Blogger

Design by ThemePacific | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Blogger Templates20