Saturday, September 17, 2016

Jenazah Dato Dr Haron Din selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR: Jenazah Datuk Dr Haron Din selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, California, Amerika Syarikat (AS), pada jam 5.57 petang waktu tempatan (8.57 pagi waktu Malaysia) sebentar tadi. Perkembangan itu dimaklumkan oleh anak Allahyarham, Dr Huda Haron, menerusi catatan di akaun rasmi Facebook atas nama Tuan Guru Dato' Dr Haron Din. Terdahulu, keluarga Allahyarham memutuskan untuk menyempurnakan urusan pengebumian di California, seperti mana pesanan Mursyidul Am PAS itu. "Baba akan disemadikan di California. Kami ada beberapa pilihan termasuk pilihan untuk membawa baba balik ke Malaysia. Semua pilihan ada pros & kons. Kami berbincang dan menimbang semua pros & kons. Bukan mudah untuk kami membuat keputusan. Hati amat berat.

"Kami memilih untuk menguruskan jenazah baba dengan sempurna dan cepat. Baba berpesan beberapa kali kepada kami bahawa di mana dia menghembus nafas terakhir, di situ dia bersemadi. Maka kami akan kebumikan baba di California." Haron, 76, meninggal dunia pada jam 10.10 pagi semalam waktu Malaysia di Hospital Stanford University, San Francisco, AS akibat komplikasi jantung. Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya. 

Mengikut catatan Dr Huda pada jam 11.40 pagi waktu tempatan (2.40 pagi waktu Malaysia), jenazah bapanya dimandi dan dikafankan di Masjid An Noor, Santa Clara. "Jasad mulia baba sedang disempurnakan di Masjid An Noor, Santa Clara sekarang. Solat jenazah di Masjid Muslim Community Association selepas solat Jumaat hari ini sebentar lagi. Akan disemadikan di tanah perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore," katanya. Urusan menyempurnakan jenazah selesai pada jam 1.10 tengah hari waktu tempatan (4.10 pagi waktu Malaysia) dan menurut Dr Huda, segala-galanya dijalankan dengan penuh penghormatan, maruah serta kasih sayang. Jenazah Haron tiba di Masjid Muslim Community Association pada jam 1.25 tengah hari waktu tempatan (4.25 pagi waktu Malaysia), Seorang lagi anak Allahyarham, Najmi Haron, berkongsi catatan memaklumkan solat Jumaat dan solat jenazah selesai pada jam 2.21 petang waktu tempatan (5.21 pagi waktu Malaysia), dengan merujuknya sebagai `perjalanan yang semakin hampir ke pengakhiran'. 

Dr Huda turut memuat naik entri pada jam 2.24 petang waktu Malaysia (5.24 pagi waktu Malaysia) dan memaklumkan solat jenazah diimamkan oleh adiknya, Hamdi Haron, yang kini menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga. "Berebut2 jemaah datang memeluk dan menyantuni takziah pada kami. Terpana!!! Tidak sangka. Tidak pernah bersua. Tidak pernah bersapa. Tidak kenal siapa. Cumaa ukhuwwah fillah. Hangatnya persaudaraan di sini.." Pada jam 2.36 petang waktu tempatan (5.36 pagi waktu Malaysia), Dr Huda memuat naik dua keping gambar berupa kereta yang membawa jenazah Allahyarham bapanya ke tanah perkuburan. "Sedang mengiringi dan menemani baba dalam perjalanan terakhir baba diatas bumi Allah dialam ini.. "Ya Allah!! Pastinya kerinduan yang tak terungkapkan dengan kata2. 

Kami bakal menyusul baaa... Nantikan kami yaa.. Rehat yaa baaa..," tulisnya. Entri bernada penuh emosi itu mendapat lebih 2,000 komen, dengan hampir semuanya berkongsi kesedihan. Tiga keping gambar pemandangan sepanjang laluan ke tanah perkuburan menyusul pada jam 2.51 petang waktu tempatan (5.51 petang waktu Malaysia), dengan Dr Huda mengimbau kenangan bersama Haron di Bukit Uhud, Madinah. "Baa... Ini kali terakhir kita berjalan bersama baba dialam ini Baa.. Indah sungguh pemandangan di kiri kanan menuju ke tempat rehat baba. "Allah pilih disini Baa.. Persis memori tika menikmati keindahan bukit Uhud. Seolah bukan di bumi California, seakan kami di bumi anbiya'," katanya. Jenazah tiba di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore pada jam 4.20 petang waktu tempatan (7.20 pagi waktu Malaysia) dan Dr Huda menyifatkan persekitarannya sebagai damai, indah dan tenang, namun tetap sebak melalui detik itu. Entri Dr Huda pada jam 5.57 petang waktu tempatan (8.57 pagi waktu Malaysia) memaklumkan urusan pengebumian selesai disempurnakan dengan bantuan pelbagai pihak.

 "Alhamdulilahh.... Tempat rehat baba dan bersemadinya jasad baba yang mulia. Sempurna dengan bantuan insan2 yang membantu tanpa soal jawab dan tak mengira apa jua. Terima Kasih dari kami sekeluarga," katanya. Najmi memuat naik tiga keping gambar pada jam 6 petang waktu tempatan (9 pagi waktu Malaysia) yang memaparkan kawasan tanah perkuburan tempat jenazah bapanya dikebumikan. "Berakhirlah perjalanan didunia yang fana, rehatlah baba di taman-taman syurga Allah...Insyaallah kita akan bertemu baba.... Insyaallah," katanya.

Sumber :http://www.bharian.com.my/node/193435

KUALA LUMPUR: Jenazah Datuk Dr Haron Din selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, California, Amerika Syarikat (AS), pada jam 5.57 petang waktu tempatan (8.57 pagi waktu Malaysia) sebentar tadi. Perkembangan itu dimaklumkan oleh anak Allahyarham, Dr Huda Haron, menerusi catatan di akaun rasmi Facebook atas nama Tuan Guru Dato' Dr Haron Din. Terdahulu, keluarga Allahyarham memutuskan untuk menyempurnakan urusan pengebumian di California, seperti mana pesanan Mursyidul Am PAS itu. "Baba akan disemadikan di California. Kami ada beberapa pilihan termasuk pilihan untuk membawa baba balik ke Malaysia. Semua pilihan ada pros & kons. Kami berbincang dan menimbang semua pros & kons. Bukan mudah untuk kami membuat keputusan. Hati amat berat.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/193435

Sunday, March 27, 2016

Pembelajaran Abad ke 21

Semalam saya menghadiri Ladap tentang Pembelajaran Abad ke-21.Di sini saya berkongsi minda ciri-ciri guru abad ke 21

Ciri-Ciri Guru Abad ke-21
  • Menguasai kandungan kurikulum
  • Guru perlu mahir dalam pdp.
  • Guru juga perlu memahami perkembangan murid dan sentiasa menyayangi murid.
  • Memahami psikologi pembelajaran.
  • Memiliki kemahiran kaunseling
  • menggunakan teknologi terkini
Ciri-ciri Murid Abad ke-21

  • Berupaya membuat hubung-kait
  • belajar dari kesilapan
  • Yakin
  • berani mencuba
  • ingin tahu
  • kreatif
  • mampu bekerja dengan orang lain
  • menjana idea
  • berdikari
  • tidak putus asa
  • semangat sentiasa boleh
  • mampu berfikir sendiri    
itulah sedikit maklumat yang saya dapat semalam.

Monday, October 26, 2015

Wednesday, September 16, 2015

Jerebu: Semua sekolah buka semula esok - KPM

KUALA LUMPUR: Semua sekolah di lima negeri yang ditutup kelmarin akibat jerebu akan dibuka semula esok (Khamis). Perkara itu diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini. "Selepas meneliti bacaan IPU di seluruh negara hingga jam 4 petang pada 16 September, KPM ingin memaklumkan bahawa semua sekolah di seluruh negara termasuk lima negeri berkenaan hendaklah dibuka semula bermula esok, 17 September 2015. "Bagaimanapun, semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah hendaklah terus memantau maklumat bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib dan boleh mengambil tindakan sewajarnya di peringkat masing-masing berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan," kata KPM

Pada Selasa lalu, sekolah di lima negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka diminta tutup kerana IPU di negeri berkenaan menunjukkan bacaan menghampiri 200 iaitu tidak sihat. Sementara itu, KPM juga mengingatkan ibu bapa jika mendapati kesihatan anak mereka terjejas akibat jerebu khususnya bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pernafasan tidak perlu menghantar anak mereka ke sekolah dan memaklumkannya kepada pihak sekolah. Berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, pihak sekolah perlu memberhentikan aktiviti luar bilik darjah bila bacaan IPU melebihi 150 manakala sekolah di kawasan bacaan IPU melebihi 200 pula perlu ditutup.

Sumber: Berita Harian
KUALA LUMPUR: Semua sekolah di lima negeri yang ditutup kelmarin akibat jerebu akan dibuka semula esok (Khamis). Perkara itu diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini. "Selepas meneliti bacaan IPU di seluruh negara hingga jam 4 petang pada 16 September, KPM ingin memaklumkan bahawa semua sekolah di seluruh negara termasuk lima negeri berkenaan hendaklah dibuka semula bermula esok, 17 September 2015. "Bagaimanapun, semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah hendaklah terus memantau maklumat bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib dan boleh mengambil tindakan sewajarnya di peringkat masing-masing berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan," kata KPM.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/82383

Monday, May 04, 2015

2H 1 M @ Port Dickson Part 2

Pada 2 mei yang lalu kami sekeluarga ke Port Dickson. Kami menginap di Ancasa. Sepanjang perjalanan ke sana jalan sungguh sibuk sehingga sampai ke hotel. Di hotel kami menghadapi masalah untuk parking kereta.  Kami tidak menghadapi masalah untuk chek in hotel kerana saya telah membuat tempahan melalui booking.com.
hari mula2 sapa layan anak2 mandi kolam.

hari ke 2 ke pantai.

buat istana pasir

Tambah kapsyen

Sunday, April 19, 2015

Sunday, April 12, 2015

94 pelajar selamat sampai di KLIA

SEPANG: Seramai 94 pelajar Malaysia yang dibawa keluar di Yaman ekoran pergolakan di negara itu tiba di tanah air, sebentar tadi. Mereka menaiki pesawat Oman Air dari Muscat dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 11.25 malam tadi.

Antara pelajar yang tiba itu termasuk anak Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob iaitu Irsyad Abdul Hakim. Selain itu, terdapat seorang pelajar Singapura dan Yaman yang turut sama tiba bersama kumpulan berkenaan. 
Sejak 7 April lalu, seramai 252 rakyat Malaysia di Yaman termasuk pelajar sudah dibawa pulang ke Malaysia.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/47095

sumber: http://www.bharian.com.my

Sunday, November 30, 2014

Tuesday, November 25, 2014

Sunday, November 16, 2014

Thursday, November 13, 2014

Tuesday, November 11, 2014

Pembelajaran dalam talian lancar

Kuala Lumpur: Sehingga 12 Jun lalu, sejumlah 8,886 sekolah di seluruh negara sudah dilengkapi capaian Internet melalui perkhidmatan 1BestariNet.
Manakala lebihan 1,003 sekolah lagi menggunakan perkhidmatan telekomunikasi lain seperti jalur lebar dan talian tetap berikutan kegagalan kontraktor, YTL Communications Sdn Bhd mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan untuk membina menara telekomunikasi di beberapa negeri.

Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya semalam berkata, penggunaan sistem itu tetap membolehkan sekolah terbabit terus melaksanakan aktiviti pembelajaran murid secara dalam talian.
Berikutan kelewatan ini, kerajaan sudah mendenda YTL Communications sebanyak RM2.4 juta.

Pada 15 Mei 2011, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan tender terbuka bagi perolehan perkhidmatan 1BestariNet yang menjadi komponen utama dalam Anjakan 7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk tempoh 15 tahun.
Sebanyak 16 syarikat telekomunikasi menyertai tender itu dan hasil penilaian Lembaga Perolehan KPM, YTL Communications ditawarkan kontrak dua tahun enam bulan mulai 13 Disember 2011 hingga 12 Jun lalu.

Ia berdasarkan kedudukan penilaian spesifikasi teknikal terbaik dengan harga munasabah dan konsisten ditawarkan syarikat berkenaan yang juga selaras keputusan Kementerian Kewangan untuk membahagikan tempoh pelaksanaan mengikut fasa.

Ketika ini, sekolah yang mempunyai perkhidmatan 1BestariNet dengan kelajuan 4Mbps dibekalkan 3 Zoom bagi membolehkan guru dan murid mengakses Internet di makmal komputer, bilik guru serta pejabat sekolah di mana sebahagian besar aktiviti pembelajaran dan pengurusan berlaku.

Dengan kewujudan persekitaran WiFi di sekolah, kemudahan ini juga memberi ruang kepada peranti mudah alih lain menikmati kemudahan Internet.
Bagaimanapun, akses ini secara tidak langsung meningkatkan jumlah pengguna mengakibatkan kesesakan kepada capaian Internet berkenaan ketika ini.
Oleh itu, KPM mengambil langkah penambahbaikan dengan mengarahkan sekolah untuk menyediakan jadual penggunaan talian bagi mengurangkan masalah berkenaan.

Ini ternyata berkesan terutama di pedalaman Sabah dan Sarawak yang dirangkaikan dengan teknologi Very Small Aperture Terminal (VSAT), tetapi masih berupaya melaksanakan program Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) dengan jayanya.
Selain itu, syarikat juga membekalkan dongles kepada setiap sekolah untuk membantu guru mencapai bahan pembelajaran murid di kawasan sekolah yang tidak berada dalam liputan WiFi Zoom.

Untuk memastikan kualiti rangkaian yang dibekalkan menepati piawaian ditetapkan International Telecommunications Union (ITU), KPM melaksanakan pengauditan ke atas rangkaian 1BestariNet secara rawak pada Disember 2013.
Sepanjang pengauditan itu, KPM mengukur kelajuan lebar jalur, kependaman, penurunan paket dan naik opelet. Semua audit yang dijalankan mendapati rangkaian 1BestariNet memenuhi Aras Jaminan Perkhidmatan (SLG) yang ditetapkan.

Bagi mengesahkan kualiti rangkaian yang dibekalkan serta dapatan pengauditan KPM, pengauditan oleh agensi luar dan pihak berkecuali juga dilaksanakan dari semasa ke semasa antaranya Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Setakat ini pembekal didapati memenuhi aras jaminan perkhidmatan (SLG) seperti dalam kontrak 1BestariNet.
Mengenai penemuan audit terhadap pencapaian kewangan 1BestariNet bahawa bayaran ke atas perkhidmatan lebar jalur 10Mbps bagi Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) di seluruh negara sejumlah RM0.32 juta tidak diperuntukkan dalam Lampiran B - Jadual Harga Kontrak dan tiada sebarang kelulusan pelarasan nilai kontrak, KPM ingin menjelaskan bahawa pembayaran itu tidak diperuntukkan dalam Jadual Pembayaran Projek.

Bagaimanapun, skop kerja dan kadar pembayaran adalah seperti yang tercatat dalam kontrak Klausa 4.2(b) di mana jadual harga kontrak dan jumlah perbelanjaan projek 1BestariNet di bawah siling kontrak.
“Manakala bagi penemuan audit berkaitan Pelantar Pembelajaran Maya (VLE) pula, ia adalah komponen terpenting dalam projek perkhidmatan 1BestariNet.

“Tahap penggunaan dalam tempoh tiga tahun pertama berada pada lingkungan lima peratus sebagaimana lazim dalam program transformasi pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). KPM memastikan tahap penggunaan VLE dipertingkatkan kepada 30 hingga 35 peratus dalam tempoh setahun,” katanya.
Antara langkah diambil KPM untuk tujuan ini termasuk memastikan prestasi capaian Internet berupaya memberi pengalaman terbaik buat pengguna melalui pemantauan kualiti rangkaian yang proaktif dan rapi 

Selain itu, KPM juga sentiasa memastikan setiap sekolah mempunyai kelengkapan ICT untuk melaksanakan e-Pembelajaran melalui program 1Murid 1Peranti serta program penyenggaraan peralatan ICT.

Ia diikuti memastikan semua pengurus sekolah mempunyai kemahiran menguruskan sumber terhad melalui penjadualan optimum selain VLE mempunyai bilangan kandungan pelajaran yang mencukupi dan boleh dicapai semua murid tanpa intervensi guru.
Dalam pada itu, KPM turut memberi khidmat sokongan atas talian dan di sekolah serta memantau dan memaklumkan pengurus sekolah sekiranya tahap penggunaan dalam kalangan murid tidak menepati tahap penggunaan dalam kalangan murid dan guru.

KPM akan menetapkan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) penggunaan VLE bagi 2015 khususnya dalam kalangan guru antara 25 hingga 40 peratus penggunaan.
Mengenai penemuan audit berkaitan sewaan tapak, KPM ingin menjelaskan bahawa kontrak memperuntukkan kerajaan akan memberi pertimbangan, kebenaran dan kelulusan untuk mendirikan, membina atau memasang sebarang perkakasan mahupun peralatan 1Bris yang diperlukan dalam kawasan tapak pengguna.

“KPM mengenakan sewa RM1,000 setahun bagi semua tapak konsisten dengan keputusan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan. Dalam kontrak 1BestariNet dinyatakan bahawa kos utiliti dibiayai oleh kementerian.
“KPM juga ingin memaklumkan bahawa satu Jawatankuasa Siasatan sudah ditubuhkan bagi mengenal pasti tindakan penambahbaikan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8244#sthash.72HYZtjB.dpuf